Info
SLE Piala VPL Malaysia PC is a tournament that involved by all Malaysia Pro Clubs team which play in cup format (Group Stage and Knock Out Stage). All teams are under Malaysian management and play in PC platform.
Rules
1. KEGUNAAN POSISI
"ANY"
1.1) TIDAK DIBENARKAN MENGGUNAKAN POSISI
ANY.
1.2) Jika didapati melanggar
syarat ini, perlawanan akan dibatalkan dan pasukan yang menggunakan ANY dikira
kalah 3-0. Aduan perlu diusulkan dengan bukti VIDEO.
2. 10 MINUTES RULE
2.1) Sekiranya terdapat gangguan
dalam 10 minit pertama (in-game) seperti;
- player disconnected,
- controller tak detect,
- bug jersi (tak boleh tukar
jersi/warna jersi sama).
pihak yang mengahadapi gangguan
tersebut perlu hentikan pergerakan dan leave match dengan segera (Alt + Tab)
sebagai isyarat kepada pihak lawan bahawa anda sedang menghadapi gangguan.
Pihak lawan juga sekiranya telah nampak team sebelah ada yang keluar, diminta
untuk Fairplay dengan perlahankan permain dan confirmkan dengan manager mereka.
2.2) Sekiranya terdapat jaringan
dihasilkan dalam 10 minutes tersebut (sebelum disconnected), jumlah jaringan
akan dibawa ke dalam rematch. Kedua-dua pihak perlu remake jaringan (oleh
penjaring yang sama).
2.3) Jika masa sudah melebihi 10
minit in-game, perlawanan perlu diteruskan. Sebarang gangguan dan report tidak
akan dilayan.
2.4) Sebarang aduan perlu
diusulkan dengan bukti VIDEO.
3. SET PIECE / CORNER KICK
3.1) Pemain tidak dibenarkan untuk
menghalang penjaga gol atau mengganggu penjaga gol ketika dalam keadaan set
piece atau corner kick.
3.2) Jika berlaku, jaringan dari
set piece atau corner kick tersebut akan dibatalkan. Aduan perlu diusulkan
bersama bukti VIDEO.
4. IN-GAME DELAY
4.1) Sebarang aktiviti delay
permainan untuk jangka masa panjang* adalah dilarang jika belum memasuki minit
ke-80 in-game.
Nota(*): Pergerakan bola hanya
dalam 1 half sahaja untuk jangka masa melebihi 5 minit in-game.
5. RED/YELLOW CARD RULE
5.1) Card rules tidak diguna pakai
dalam liga ini dimana sekiranya ada pemain yang dapat kad merah atau banyak kad
kuning, pemain boleh join perlawanan seterusnya seperti biasa.
6. PASUKAN
6.1) Penyertaan pasukan hanya
dibenarkan untuk pasukan dibawah pengurusan warganegara MALAYSIA SAHAJA.
7. PEMAIN IMPORT
7.1) Pemain import (Bukan
warganegara Malaysia) dibenarkan dalam setiap pasukan tidak melebihi 2 pemain.
7.2) Semakan akan dilakukan
melalui apps PGS. Sekiranya terdapat lebih dari 2 pemain import, pasukan tidak
akan dilepaskan untuk pendaftaran dan diminta untuk submit semula.
8. MATCHMAKING
8.1 Jarak masa bagi setiap
perlawanan dalam 1 hari adalah 45 minit (cth: 10:30pm, 11:15pm). Sekiranya
matchmaking anda melebih 20 minit dari masa sepatutnya, perlawanan tersebut
perlu dianjakan bagi mengelak gangguan pada perlawanan seterusnya, ini
tertakluk kepada 'delay berkomunikasi' contohnya manager ada melakukan
perbincang sesama sendiri.
8.2) Sekiranya delay yang 'tidak
berkomunikasi', contohnya Pasukan B delay selama 20 minit dengan tidak membalas
chat untuk arrange matchmaking dari Pasukan A, forfeit akan diberikan kepada
Pasukan B dan kemenangan 3-0 diberikan kepada Pasukan A.
9. STREAMING AND RECORDING
9.1) Setiap pasukan digalakan
untuk melakukan live stream atau sekurang-kurangnya screen recording sebagai
bukti sokongan untuk membuat sebarang aduan.
10. PENAMPILAN
10.1) Anda HANYA dibenarkan untuk
menggunakan custom hair. NO HEAD ACCESSORIES. NO HATS. NO LONG PANTS (Except
GK). NO HEADPHONES. NO BODY MORPH (making fat but run fast af). Bukti aduan
boleh diusulkan menggunakan gambar atau video.
11. HACKING/CHEATING
11.1) Seperti dalam mana-mana
permainan atau tournament, hacking/cheating adalah DILARANG. Contoh:
hacking/cheating full stats. Jika didapati melakukan kesalahan tersebut,
pasukan anda akan disingkirkan serta merta dari tournament dan juga komuniti.
Bukti aduan boleh diusulkan menggunakan gambar atau video.
11.2) Bermula pada Season 3,
pemain outfield yang memiliki OVR 90 keatas akan disemak bagi mengelak aktiviti
hacking/cheating. (Jika didapati melakukan kesalahan tersebut, pasukan anda
akan disingkirkan serta merta dari tournament dan juga komuniti. Bukti aduan
boleh diusulkan menggunakan gambar atau video.)
12. TEAM REGISTERED
12.1) Setiap pasukan perlu
menggunakan nama pasukan yang sama seperti yang telah didaftarkan. Tidak
dibenarkan menggunakan nama pasukan lain dari yang telah didaftarkan. Jika
didapati melakukan kesalahan tersebut, pasukan tersebut perlu kembali ke
pasukan dengan nama yang telah didaftarkan. Bukti aduan boleh diusulkan
menggunakan gambar atau video.
13. FORFIET/TARIK DIRI
13.1) Forfeit/Tarik diri pada hari
perlawanan adalah DILARANG. Sekiranya pasukan anda tidak dapat bermain pada
hari tersebut, diminta untuk atur semula perlawanan pada tarikh yang lain dalam
minggu yang sama. Tidak dibenarkan untuk tunda perlawanan selepas minggu
tersebut.
13.2) Perlawanan tertunda perlu diselesaikan sebelum hari Sabtu minggu tersebut.
14. MENGATUR PERLAWANAN
14.1) Pengurus pasukan disarankan untuk menghubungi pengurus pihak
lawan lebih awal sebelum masa perlawanan mula.
14.2) "Searching for
match" PERLU DIMULAKAN selewatnya jam 10.35 PM & 11.05PM. Jika
melebihi masa tersebut, pasukan yang lambat sedia akan kalah secara automatik
3-0.
14.3) Sebaik sahaja mula "searching for match" dan
terdapat masalah teknikal, ia perlu diselesaikan sebelum 10.45PM & 11.15PM.
Sekiranya perlawanan tidak dimulakan hingga jam 10.45PM & 11.15PM,
perlawanan tersebut perlu ditunda ke waktu yang lain. Ini bagi mengelak
gangguan masa perlawanan seterusnya.
Ringkasan:
10:
00PM-
10.15PM = Pengurus pasukan mula kumpul pemain di lobby.
10:
15PM-
10.30PM = pengurus pasukan mula berhubung.
10:
30PM-
10.35PM = Mula
"searching for match"
14.4) Jika dua-dua pengurus pasukan setuju untuk mula perlawanan
lewat, perlawanan tersebut perlu dibawa ke masa selepas match terakhir.
15.
SATU PEMAIN SATU PASUKAN
15.1) Setiap pemain hanya dibenarkan untuk mewakili SATU PASUKAN sahaja. Tidak dibenarkan melompat pasukan dan bermain dalam liga domestik lain.
15.2) Semakan senarai pemain akan disemak dari masa ke masa.
15.3) Jika didapati melanggar syarat ini, PASUKAN tersebut akan disingkirkan serta merta dari liga. Bukti aduan boleh diusulkan menggunakan gambar atau video.
16. PEMAIN DALAM PERLAWANAN
16.1) Pemain yang berada dalam perlawanan haruslah pemain yang terdapat dalam senarai daftar pemain sahaja.
16.2) Sekiranya didapati malanggar syarat ini, pasukan yang memiliki pemain tidak berdaftar diberi kekalahan 3 perlawanan (pemotongan 9 mata); kekalahan 3-0.
17) TRANSFER WINDOW
17.1) Transfer window hanya akan dibuka sekali sahaja dalam satu musim dimana pada pertengahan liga (sebelum masuk ke second leg). Tarikh transfer window akan diberitahu dari masa ke masa.
17.2) Tempoh transfer window akan ditetapkan. Segala pertukaran/penambahan pemain hanya boleh dilakukan dalam minggu tersebut.
17.3) Sebarang pertukaran/penambahan pemain luar transfer window akan dirujuk pada Artikel 17.
17.4) Pertukaran/penambahan pemain boleh dilakukan oleh pengurus pasukan dengan hanya edit di #deleted-channel setelah transfer window dibuka.